|
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Antara tugas tugas utama wasi adalah: Mengenalpasti wasiat
Mendapatkan probet
Menghimpunkan semua harta peninggalan pewasiat
Membayar semua hutang pewasiat
Menyediakan penyata akaun
Membahagikan semua harta pewasiat mengikut wasiat
Membahagikan baki harta pewasiat mengikut faraid
Diantara kelebihan menulis wasiat adalah: Pewasiat mempunyai hak untuk melantik seorang wasi pilihannya sendiri
Wasi berhak sejurus selepas kematian untuk menguruskan hal ehwal simati
Mengeluarkan resit dan mengesahkan bukti pelepasan ke atas urusan harta simati Memadai jika wasi wasi yang dinamakan didalam wasiat atau salah seorang daripada mereka memberi pengesahan pelepasan atau resit. Ini boleh dibuat sebelum probet diperolehi.
Terkecuali daripada bon pentadbiran Bon pentadbiran diperlukan sekiranya tiada wasi
Bon pentadbiran biasa dikenakan sekiranya jumlah harta simati melebihi RM50k kecuali syarikat amanah dilantik sebagai wasi.
Perlantikan penjaga Pewasiat boleh mewasiat 1/3 harta simati kepada bukan waris, termasuklah untuk tujuan wakaf dan kebajikan.
Mengelakkan pertelingkahan keluarga Mengelakkan pertelingkahan keluarga dalam perlantikan wasi kerana wasi telahpun dilantik didalam wasiat.
Hak hak seorang benefisiari senang ditentukan melalui wasiat.
Jimat kos dan masa Probet lebih cepat boleh diperolehi dan menjimatkan kos perundangan.
Membina amanah wasiat Pewasiat boleh membina amanah wasiat untuk memenuhi kehendaknya
Kelebihan merancang: Perancangan boleh dibuat dengan teliti
Pewasiat boleh membina amanah wasiat untuk memenuhi kehendaknya
Memastikan apa yang dirancangkan itu menjadi kenyataan
Melindungi kebajikan masa depan waris/orang tersayang
Memastikan harta kita dibahagikan kepada waris yang berhak mengikut hasrat kita
Mempercepatkan pengagihan harta pusaka tanpa perlu menghadapi rintangan dan kerenah birokrasi yang akan dihadapi oleh waris sekiranya kita tidak membuat surat wasiat.
Kita boleh menamakan penjaga untuk waris yang dibawah umur
Kita boleh memastikan hutang kita dunia dan akhirat dibayar oleh waris waris kita melalui harta pusaka yang kita tinggalkan.
|
Latest Video
Latest News & Events
Business Partners
|